Pada 19 Mac 2018 YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor Ketua Pengarah MARDI Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke PPP Kem Mahkota Kluang, Johor. Antara tujuan lawatan adalah untuk meninjau perkembangan projek penanaman Cendawan Tiram Kelabu di PPP Kem Mahkota. Turut mengiringi lawatan tersebut adalah YBhg. Dato? Dr Hj. Mohamad Satim b. Diman Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Malaysia, KP Hj Abd Wahab bin Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor, Brig. Jen. Johnny Lim Eng Seng Pengarah Kanan Blue Ocean Strategy Research Centre (MBOSC) dan Dr. Johari bin Sharif Pengarah MARDI Johor. Antara pengisian lawatan adalah tanaman pokok manggis dan tandatangan buku lawatan.
""